tempat2 lepak n makan di KL

Tempat-tempat Lepak & Makan Best di KL

 Ini pun satu masalah juga. Masalah kepada kaki-kaki lepak dan kaki lapar. Persoalannya, mana
 nak lepak? Kat mana nak makan? Aku ni suka mencari tempat-tempat lepak yang best di 
 kawasan segitiga emas dan kawasan-kawasan sekitarnya (Selangor Darul Ehsan). Tempat makan 
lagi laa aku cari. Hanya tempat makan yang best dan sedap menjadi PILIHAN HATIKU…!
 Di bawah ni senarai-senarai yang mampu aku senaraikan untuk dikongsi bersama dengan 
rakyat Malaysia yang suka menghadirkan diri di kawasan segitiga emas ni.
 TERIMA KASIH KERANA BERJAYA MENJADIKAN KL NI BENAR-BENAR SESAK…!

KAMPUNG BARU
Tak perlu lagi la aku nak perkenalkan tempat ni. Mesti korang semua dah tahu. Di sini memang 
syurga makanan. Kedai makan memang berderet-deret bermula dari pintu gerbang sampai 
la ke tepi Masjid Kampung BaruSo,kedai memang dah banyak. Tapi, yang mana best? Dan yang 
mana sedap makanannya? HR Steak House merupakan satu pilihan yang bijak sekiranya nafsu 
kita menginginkan makanan ala-ala barat. Lokasinya adalah satu line dengan Masjid Kg Baru. 
Kedai dia yang gelap2 ala romantic gitu. Harganya murah dan berpatutan.Tak salah rasanya kalau
 aku katakan di sinilah korang boleh dapat chicken chop paling murah kat KL. Air gelas besar
 dengan harga RM2 segelas. MURAH dan SEDAP!!! Dinasihati korang pergi lambat2 sikit. 
Kalau dalam pukul 8-10p.m. orang ramai sangat. So, tempat duduk pun kurang ler. Tempat kedua 
adalah kedai atas bukit. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh bagi nama macam ni.
 Mungkin sebab dia memang kat atas bukit kot. Lokasi – masuk pintu gerbang,die sebelah kiri selepas 
kedai jual selipar. Apa yang sedap? Aku pun tak tahu. Tapi memang ramai giler lepak sini
 malam-malam. Sebab ada shisha kot.

SUP MELETUP, BANDAR TASIK SELATAN
Perrrrghhh!!!! Kaw..kaw..punya!!! Sup dia memang betul-betul meletup di mulut. Cis! Tiba-tiba
 aku terliur pula nak pekena sup meletup ni. Lokasi – BTS a.k.a Bandar Tasik Selatan. Betul2 
depan 7 Eleven BTS. Jalan menghala ke Kem Sungai Besi,sebelah kanan. Aku syorkan korang 
datang sini sebab sup dia memang ada POWEEEERRRR!!! Buktinya,dulu aku ada pegi ngan family
 aku makan kat sini. Lepas makan je,semua thumb up sama itu sup. Seminggu lepas tu,semua
 nak pergi lagi. Percaya tak? Pergi dulu baru korang percaya. Faktanya, sehari diorang masak 
4 periuk besar sup dan direneh selama berjam-jam. Aku jamin korang pasti berpeluh hirup sup 
meletup ni!!!. Nasi goreng dia pun best kot! Apa tunggu lagi?? Meletuplah ke sana beramai-ramai!!!

CHAR KOTEAW, TAMAN BUNGA RAYA, WANGSA MAJU
Dulu dan sekarang, aku memang suka datang sini makan char koteaw. Nama kedai ni 
– MALI CORNER. Nak beli,kena beratur woooo... Hebat tak hebat kedai ni. Tukang masak
 char koteaw ada 4 orang. Konsep yang digunapakai adalah open-air. Korang boleh makan 
bawah bumbung mahupun bawah langit. Mana satu yang korang suka la. Lokasi – Taman
 Bunga Raya, W.Maju. Berdekatan dengan Kolej Tunku Abdul Rahman. Kedainya memang 
betul-betul ada konsep. Korang masuk taman tu, tiba-tiba terjumpa kedai makan yang ramai 
orang. Konsep ape ntah dia pakai. Mali Corner ada cawangan. Satu di Setapak, berhampiran
 dengan Uptown. Satu lagi di Taman Medan.

TAHARA SEAFOD,KAMPUNG PANDAN
Orang cakap makanan dia sedap. Aku dah try. Siap melantak lagi tu. Memang sedap la. 
Restoran ni agak feymes sebab ramai artis datang makan sini,,,,.. Pasal harga jangan bimbang. 
Tak mahal pun. Berpatutan jeerrr...

NASI AYAM TAMAN WELAWATI, ULU KELANG
Nak makan nasi ayam sedap. Ni lah tempatnya! Tak rugi datang sini. Lokasi - 
Dari MRR2 keluar ke susur Taman Melawati. Sebelah kiri sebelum sekolah rendah dan menengah.

JALAN P.RAMLEE
Port kelab-kelab malam. Selalunya dieorg suka lepak depan kelab. Parking kete tepi
 jalan,terus bertenggek di bahu jalan..sambil-sambil tengok awek2 mabuk. Tengok 
kereta lalu-lalang. Jalan memang jem la lepas pukul 2a.m. Tengok kiri,tengok kanan.
 pergghh!!! ramai lagi yang dok lepak... Kesimpulannya,ni pun port lepak gak
.(walaupon aku ta pena lepak kt sini,juz tengok2 org lepak jee)

DATARAN MERDEKA
Haram la kalau korang tak tahu tempat ni. Sini port baik punyaaaa. Mat kereta sama mat
 rempit suka lepak tempat ni. Mat-mat melepak pun suka gak lepak sini. Ada apa kat sini? 
Ada padang,ada bangunan Sultan Abdul Samad,ada motor,ada kereta,ada roadblock@rush,..

BUKIT AMPANG @ BUKIT LANGAT
Namanya dah ada dua gelaran. Ikut suka korang la nak panggil yang mana satu.
 Jom la lepak sini. Boleh tengok seluruh KL..!

  *even semua tempat ni aku baru pegi 2,3 kali je..aku rase ok lhaa 
kalau korg nak try..mesti semua pelik kn nape aku tak letak 1 pon
 tempat shopping yang biase korg lepak2 2..bukan taknak letak..tpi 
banyak sangat..tak terkira aku..n sebenarnyee aku nak korang terkeluar
 dari kebiasaan korang yg slalu lepak tempat mhal2 n ade ade class lha 
bg korang.. :)

Penggunaan 'AKU' adalah untuk keselesaan saya semasa menulis . MAAF sekiranya ianya kurang sopan dan tidak disenangi sesetengah pihak yang lebih berusia .

No comments:

Post a Comment

back to top
semua yang tercatat adalah hak milik aziera..and i dont like copycats